Kalau lelaki handsome pendiam
Perempuan akan cakap:: woow, cool gila...
kalau lelaki tak handsome pendiam
Perempuan akan cakap: eh perasan bagus...
kalau lelaki handsome berbuat jahat
Perempuan akan kata: nobody's perfect
kalau lelaki tak handsome berbuat jahat
perempuan akan cakap: memang.... muka pun
macam pecah rumah!
kalau lelaki handsome menolong perempuan
yang diganggu
perempuan akan cakap: wah.. machonya.. macam
hero filem!
kalau lelaki tak handsome menolong perempuan
yang diganggu
Perempuan akan kata: entah2 kawan dia...
kalau lelaki handsome dapat perempuan cantik
perempuan akan kata: sepadan sangat...
kalau lelaki tak handsome dapat perempuan cantik
perempuan akan kata: mesti kena bomoh
perempuan itu!
kalau lelaki handsome ditinggal kekasih
perempuan akan kata: jangan sedih, kan saya
ada..
kalau lelaki tak handsome ditinggal kekasih
perempuan akan kata:...(terdiam, tapi telunjuknya
meliuk-liuk dari atas ke bawah, patutlah, tengok
saja luarannya)...
kalau lelaki handsome penyayang binatang
perempuan akan cakap: perasaannya
halus...penuh kasih sayang
kalau lelaki tak handsome penyayang binatang
perempuan akan cakap: sesama keluarga
memang harus menyayangi...
kalau lelaki handsome bawa BMW
perempuan akan cakap: matching... hebat luar
dalam
kalau lelaki tak handsome bawa BMW
perempuan akan cakap: bang, bosnya mana?...
kalau lelaki handsome tak mahu bergambar
perempuan akan cakap: pasti takut kalau2
gambarnya tersebar
kalau lelaki tak handsome tak mahu bergambar
perempuan akan kata: tak sanggup melihat
hasilnya ya?...
kalau lelaki handsome menuang air ke gelas
perempuan
perempuan akan cakap:ini barulah lelaki gentlemen
kalau lelaki tak handsome menuang air ke gelas
perempuan
perempuan akan cakap: naluri pembantu, memang
begitu....
kalau lelaki handsome bersedih hati
perempuan akan cakap: let me be your shoulder to
cry on
kalau lelaki tak handsome bersedih hati
perempuan akan kata: kuat nangis!! lelaki ke
bukan ni?
p/s : aku ni masuk dalam handsome ke tak?? hehe:)
Archives
Untuk amalan kita semua, fadhilat ayat Al-Kursi mengikut hadis-hadis.
1. Rasullullah s.a.w. bersabda bermaksud : "Sesiapa pulang ke rumahnya serta membaca ayat Kursi, Allah hilangkan segala kefakiran di depan matanya".
2. Rasullullah s.a.w. bersabda bermaksud : "Umatku yang membaca ayat Kursi 12 kali pada pagi Jumaat, kemudian berwuduk dan sembahyang sunat dua rakaat, Allah memeliharanya daripada kejahatan syaitan dan kejahatan pembesar."
3. Rasullullah s.a.w. bersabda bermaksud : "Orang yang selalu membaca ayat Kursi dicintai dan dipelihara Allah sebagaimana DIA memelihara Nabi Muhammad."
4. Rasullullah s.a.w. bersabda bermaksud : "Mereka yang beramal dengan bacaan ayat Kursi akan mendapat pertolongan serta perlindungan Allah daripada gangguan serta hasutan syaitan."
5. Rasullullah s.a.w. bersabda bermaksud : "Pengamal ayat Kursi juga, dengan izin Allah, akan terhindar daripada pencerobohan pencuri. Ayat Kursi menjadi benteng yang kuat menyekat pencuri daripada memasuki rumah."
6. Rasullullah s.a.w. bersabda bermaksud : "Mengamalkan bacaan ayat Kursi juga akan memberikan keselamatan ketika dalam perjalanannya."
7. Rasullullah s.a.w. bersabda bermaksud : "Ayat Kursi yang dibaca dengan penuh khusyuk, insya-Allah, boleh menyebabkan syaitan dan jin terbakar."
8. Rasullullah s.a.w. bersabda bermaksud : "Jika anda berpindah ke rumah baru maka pada malam pertama anda menduduki rumah itu eloklah anda membaca ayat Kursi 100 kali, insya-Allah mudah-mudahan anda sekeluarga terhindar daripada gangguan lahir dan batin."
9. Rasullullah s.a.w. bersabda bermaksud : "Barang siapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah mewakilkan 2 orang Malaikat memeliharanya hingga subuh."
10. Rasullullah s.a.w. bersabda bermaksud : "Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, ia akan berada dalam lindungan Allah hingga sembahyang yang lain."
11. Rasullullah s.a.w. bersabda bermaksud : "Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, tidak menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut, dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah memelihara akan dia ke atas rumahnya, rumah jirannya & ahli rumah2 di sekitanya."
12. Rasullullah s.a.w. bersabda bermaksud : "Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap-tiap sembahyang Fardhu, Allah menganugerahkan dia hati-hati orang yang bersyukur perbuatan2 orang yang benar, pahala nabi2 juga Allah melimpahkan padanya rahmat."
13. Rasullullah s.a.w. bersabda bermaksud : "Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya, mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya.
14. Rasullullah s.a.w. bersabda bermaksud : "Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang Allah azza wa jalla akan mengendalikan pengambilan rohnya dan ia adalah seperti orang yang berperang bersama nabi Allah sehingga mati syahid."
15. Rasullullah s.a.w. bersabda bermaksud : "Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya."
About this blog
Jom BoRaK!!!
Kalender!!!
